December 05, 2011

.:resepi buah melaka:.

ok kawan2.. hari nie sy nak bgtau cara-cara nak buat buah melaka.. rasanya rmai kawan2 yang dah tau.. tapi tak kira lah... sy nak bgtau jugak.. sy budak baru belajar.. hehehe.. jom tgk..

Bahan
- daun pandan (3 helai)
- tepung beras (3 cawan)
- tepung gandum
- kelapa parut
- gula melaka
- garam

Cara membuat
1. Blanderkan 3 helai daun pandan untuk dijadikan sebagai pewarna hijau. Tapiskan untuk mendapatkan air daun pandan.
2. Masukkan 3 cawan tepung beras + sedikit tepung gandum + sedikit garam + tapisan air daun pandan.
3. Gaul adunan sehingga menjadi doh yang lembut (jangan terlalu lembut)
4. Masukkan gula melaka ke dalam doh sebagai inti dan bentukkan bulat
5. Rebuskan buah melakadi dalam air + garam sedikit sehingga naik ke permukaan air.
6. Angkat buah melaka dan gaulkan ke dalam kelapa parut + sedikit garam.
7. Siap untuk dihidangkan!

Cubaan pertama.. yeay! :)

December 03, 2011

ehem..ehem.. testing 1.. 2.. 3..

fuuuhhhhhhhhh...da lame da tak update blog nie.. da bersawang berhabuk macam rumah hantu kak limah dah nie.. hahaha.. baru dapat mood nak update blog.. from now onwards sy akan mulakan blog nie dgn bnda2 baru... i want to begin a new life.. don't turn back... yg lepas biarkan lepas.. ye dak? hehehe


ok.. hari nie nak cite pasal 'puteri mandi'... korang tau ke puteri mandi 2 ape? bukan tuan puteri yang sedang bersiram ke ape.. nie nama kueh... sy baru jek try buat kueh nie setelah berzaman tak makan... dulu tyme arwah opah ada lagi dia slalu jugak buat kueh nie.. semalam rasa teringin nak makan.. tuh yang tanye mak resepi.. petang nie tros buat.. nie first tyma sy buat nie.. let's check it out!


Bahan
- tepung beras (2 cawan)
- daun pandan (3 helai)
- gula (3 senduk)
- Kelapa parut (putih sahaja)
- garam


Cara membuat
1. Ambil 2 helai daun pandan dipotong dan diblender (tapis air tersebut)
2. Masukkan 2 cawan tepung beras ke dalam mangkuk dan tuangkan air daun pandan yang telah ditapis tadi ke dalam mangkuk tersebut. Masukkan sedikit garam dan gaulkan sehingga menjadi doh yang lembut.
3. Bentukkan doh tersebut.
4. Kemudian rebuskan doh yang telah dibentuk ke dalam periuk sehingga masak (kalau doh tu dah timbul kat permukaan air dah boleh angkat)


Cara membuat air gula
1. Masukkan 3 senduk gula, sehelai daun pandan dan kelapa parut ke dalam periuk.
2. Letakkan sedikit air dan didihkan sehingga gula cair (pastikan air tak terlalu banyak biarkan air gula tu pekat)
3. Kemudian, ambil doh yang telah siap direbus dan gaulkan ke dalam air gula sehingga sebati


my first trial :)

June 13, 2011

.:family holiday:.

aduhh.. da berhabuk n bersawang dah blog aku nie.. hakhak.. sabo jela.. lame dah tak pedulikan blog nie.. ok.. nk cite pasal family holiday hari tue.. mase 3hb jun 2011.. my family ade wat gathering kat teluk batik.. tapi tak semua family members yang join sebab ade yg keje tak dapat cuti.. ade yang tengah praktikal.. dan macam2 lagi.. tp best la sbb da lame tak wat gathering camnie.. so lets the picture tell the story! heheh

pemandangan di teluk batik

makan-makan sebelum mandi..

aliff.. teruja maen kete mainan..

banana boat

malam plak.. BBQ..

banyak lagi pic sebenarnye.. tapi malas nak upload banayk2.. cukup la sekadar nie jek.. hope next year ade lagi gathering camnie.. dengar cite nak pg Langkawi plak.. hooyeahh!! best2!

cinta YM : part 5

Minngu ini merupakan minggu yang dinanti-nantikan oleh Alisya kerana seperti yang dijanjikan hujung minngu ini dia akan bertemu dengan Fikri di KL. Berbagai perasaan bercampur baur dalam diri Alisya, gembira, takut, gementar dan macam-macam lagi. Maklumlah pertemuan ini merupakan pertemuan yang pertama di antara dia dengan Fikri walaupun mereka sudah dua bulan menyulam kasih. Alisya sudah memberitahu sepupunya di KL yang dia akan ke sana hujung minggu ini. Alisya akan bermalam di rumah sepupunya di Kampung Cheras Baru. Sepupu Alisya merupakan seorang guru sekolah rendah dan sudah pun berkahwin.


Alisya sangat berdebar-debar kerana hari nie dia akan berjumpa buat pertama kalinya dengan Fikri. Pelbagai perasaan yang dirasakn. Alisya menaiki bas ke Kuala Lumpur pada pukul 8 pagi di Melaka Sentral. Dalam perjalanan, Alisya tidak dapat melelapkan mata walau sesaat pun kerana dia sangat berdebar untuk berhadapan dengan Fikri. Dia takut Fikri tidak dapat menerima dirinya seadanya. Setibanya di Kuala Lumpur Alisya terus menghubungi Fikri kerana Fikri telah berjanji untuk menjemputnya di Hentian Puduraya. Namun, Fikri masih lagi dalam perjalanan. Alisya terpaksa menunggu sehingga Fikri sampai. Beberapa minit berlalu, Alisya mendapat panggilan telefon dari Fikri. Fikri menyatakan bahawa dia menunggu Alisya di hadapan Hentian Puduraya. Alisya tercari-cari Fikri namun dia gagal. Alisya menghubungi Fikri dan Fikri menyuruh Alisya memandang ke kiri. Lantas Alisya pun menoleh ke kiri dan dia dapati ada seorang lelaki berbaju putih berada di sana. Alisya yakin itu adalah Fikri dan dia terus menuju ke arah lelaki itu.

Masing-masing masih segan dan silu untuk memulakan percakapan kerana ini merupakan kali pertama mereka bersua muka. Tempat pertama yang mereka tuju ialah kedai mamak. Mereka ingin mengisi perut yang kosong sebelum berjalan-jalan. Selesai makan di kedai mamak, mereka menapak sehingga ke Berjaya Times Square untuk menonton wayang.  Mereka memilih untuk menonton filem Sifu dan Tongga. Sebelum wayang bermula mereka mengambil kesempatan untuk bersiar-siar mencuci mata di Low Yatt. Sebelum bertemu Alisya dan Fikri sudah bercadang untuk membeli celcom broadband di Low Yat kerana ramai yang memberitahu bahawa harga barangan di sana lebih murah berbanding di tempat lain. Jadi mereka membuat survey di beberapa kedai sebelum membelinya. Rambang mata dibuatnya kerana terlalu banyak kedai yang menjual barangan yang sama. Harga yang ditawarkan juga lebih kurang sama. Seteleh melihat beberapa buah kedai, Alisya dan Fikri sependapat untuk membeli di kedai yang telah dipersetujui mereka. Kebetulan semasa sedang berunding dengan penjual di kedai tersebut, Alisya terserempak dengan rakan sekolej. Alisya bertegur sapa dengannya dan memperkenalkan Fikri kepada rakannya. Selesai membelo broadband di Low Yat mereka pergi ke Berjaya Times Square semula kerana tayangan akan dimulakan tidak lama sahaja lagi.

Selesai menonton wayang, Alisya dan Fikri bersiar-siar di sekitar kawasan tersebut sambil berbual-bual. Hari semakin gelap, mereka berehat sebentar di Plaza Sungei Wang dan menikmati McDonalds di sana. Mereka bertukar-tukar cerita dan di kesempatan itu juga mereka mengambil gambar sebagi kenangan. Selesai menjamu selera di Mc Donalds, Fikri menghantar Alisya pulang ke rumah sepupunya. Fikri berjanji untuk datang menjemput Alisya keesokan harinya dan menemaninya ke Hentian Puduraya sebelum Alisya pulang ke Melaka.

Keesokan harinya, seperti yang dijanjikan Fikri menjemput Alisya untuk ke Hentian Puduraya. Sebelum pulang ke Melaka mereka sempat berbual-bual buat kali terakhir sebelum Alisya menaiki bas. Alisya berasa bersyukur kerana Fikri dapat menerimanya seadanya. Alisya pasti dia tidak membuat keputusan yang salah dengan memilih Fikri sebagai kekasihnya. Alisya berharap mereka berpeluang untuk berjumpa lagi pada masa akan datang. Cinta jarak jauh memerlukan pengorbanan dan kesabaran. Alisya percaya Fikri akan setia padanya. Hari minggu kali ini merupakan yang terindah buat Alisya keran dia dapat bertemu dengan pujaan hatinya, Fikri. 

bersambung...

February 01, 2011

.:banjir:.

TINJAUAN dari udara menunjukkan keadaan banjir di sekitar Segamat, Johor, hari ini

LUMPUH...Aktiviti harian penduduk daerah Segamat terjejas akibat hujan berterusan yang mengakibatkan banjir teruk melanda pekan itu, hari ini.

TENGGELAM...Banjir yang melanda Stesen Keretapi Gemas hari ini lebih teruk berbanding 2006 sehingga menyebabkan sebahagian besar laluan kereta api di sekitarnya ditenggelami air.

sumber : berita harian

notakaki : moga-moga kawan-kawan di sekitar segamat baik-baik jelah.. amin..

.:demam campak:.

halo! halo! halo!
sume da makan? mesti dah kan? sy pon baru lepas makan.. rasa mengantok plak bila dah makan.. tapi tahankan jugak mata nie untuk tak tidur.. tak boleh tidur lepas makan nanti bertambahlah lemak di badan saya nie.. hehe.. hari nie korang sume makan lauk ape? saya tak masak pon hari nie.. al maklumlah duduk rumah sorang-sorang.. mak pegi skolah, adik pegi skolah, ayah kerja.. transport pon takde.. so, takde sape nak belikan ikan, ayam, sayur sume.. tak boleh la nak masak *sebenarnye malas masak hehe.. mak balik sklah tadi mak beli lauk kat kantin.. lauk kari ikan, ayam masak merah n sambal belacan.. tu jela menu untuk hari ini.. ok la tu kan.. kenyang jugak.. lagipun pagi tadi saya dah goreng nasik.. 


ha! comel tak kanak-kanak di atas? comel kan? kan? geram betul tengok pipi die.. rase nak gigit2, cubit2 jek.. nie kazen saya punya anak, mohd nor aliff.. beliau nie kena demam campak sekrang.. kesian sangat.. tapi tengah demam campak pun still boleh bergerak aktif lagi.. dua hari lepas baru webcam dengan beliau.. tak sabar nak tunggu beliau balik esok! hehehe.. 

notakaki : dulu penah kena demam campak.. memang tak tahan.. panas jek badan..

.:krisis mesir, nasib rakyat kita:.

Ketahuilah bahawa keadaan di sana adalah lebih teruk daripada jangkaan anda. Kalau anda baca akhbar harian dan tengok tv mainstream anda tak tahu apa yang berlaku secara terperinci.  Asyik2 isu fasha sandha yang tak habis-habis lagi. PM kita pula sibuk dengan DUN Tenang dan spam email rakyat dengan ucapan CNY. Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter, blog or tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.
edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.
edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.
edit 3 : Nampaknya kita telah nampak beberapa tindakan daripada kerajaan mengenai isu ini. Syabas, dan beberapa update daripada pembaca juga boleh dilihat di ruangan komen.
Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.
Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.
Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir
huru hara di mesir
Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.
Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.
5000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.
Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga
Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.
Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar
airport di bakar
Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.
Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.

Bacaan berguna

Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:
Sudah-sudah baca gosip artis Fasha Sandha dll, lupakan mereka seketika untuk memandang serius isu ini.
Yang ada Astro pun boleh tengok siaran Al-Jazeera. 


January 31, 2011

.:hOme sweet hOme:.

salam sume..
actually sekarang nie sy dah ade kat rumah.. dah 3 hari dah kat umah.. tapi disebabkan kemalasan yang melanda diri nie so blog nie memang tak di update la.. hehe.. ape-ape pun jus nak wish happy holiday dekat sume member yang tengah bercuti kat rumah tu.. mesti seronok kan? for ipg's students lagi la syok sebab elaun baru masuk.. seronok la balik umah dengan duet yang berkepuk-kepuk.. hahaha.. tapi jangan seronok sangat sebab banyak lagi benda yang perlukan duit untuk masa akan datang.. tambah-tambah bulan tiga nie dah nak start our first praktikum so, memang banyak la nak guna duit kan.. mane nak bayar sewa rumah lagi, bl api air, makan minum, ABM.. perghh! memang melayang-layang la elaun pasnie.. so, berbelanjalah dengan berhemah.. hehehe... walaupun nafsu ni tak menahan bile tengok sale sane sini.. maklumlah kan raya cina dah dekat.. memang sakan la dok sale sekarang nie.. tapi kena SABAR... kalo ikutkan hati nie memang semua benda nak beli.. tapi bila pikir balik tak jadi la.. 


banyak benda yang nak buat since dah dapat elaun nie kan.. here they goes..
- savings (utama)
- pegi sunway
- pegi pangkor
- tukar speck
- beli external hard disk 
- makan secret recipe (janji dengan aliff fizree)
- saving utk pegi kelantan + terengganu
- dan banyak lagi..

hahhaa.. banyak betul benda nak buat.. padahal elaun sikit jek.. berlagak jek lebeyh.. heheh =)


January 26, 2011

.:marathon 2011:.

hello! hello! hello!
hye sume.. nampaknye dah bersawang-sawang dah blog nie.. betapa lamenye sy x meng'update' blog nie.. huahua.. bkn bz.. tp mls la.. mood nk menulis tak datang.. banyak sangat benda yang berlaku since da masok 2011 nie kn.. tak nak cakap banyak la.. juz tengok la pic2 yang ade nie ek? check it out!

cantik tak bilik? ha.. nie bilik baru nie.. bukak jek sem baru terpaksa mengangkat barang-barang yang berat tu ke blok baru.. blok Lelasari.. penat jugak la semangkuk.. tapi naseb baek la sy dapat tingkat satu jek.. kesian kat kawan-kawan yang dapat tingkat tiga tuh.. memang boleh tercabot lutut la.. punya la tinggi kan.. roomate? roomate still yang lame.. buat pertukaran secara 'haram' hakhak.. nk idop kena pandai2 la kan..

 this one plak tyme first day nk masok kelas.. dapat kelas baru.. kat bangunan baru.. memang la syok kan.. ade aircond yang kuat tak hengat.. dah rasa macam dok kat oversea plak.. tiap2 hari kena bawak sweater.. 

 oke! nie plak tengah dok bermesyuarat nak susun barang2 PJ yang banyak nie.. PJ pn dapat stor baru kat stadium.. ktorang kena lukis plan camna nak susun peralatan sume tuh supaya senang orang nak amek. and yang paling penting tak berselerak macam kat stor PJ yang lama..

 tengok tu! baru sikit jek tu barang2.. ada lagi taw..

 sekitar pilihanraya...

nak dijadikan cita la kan.. sy dengan paksa rela kena jadi calon untuk jawatan perwakilan pelajar (JPP).. memang tak nak sangat jadi JPP nia.. tak best la.. kena ikot peraturan.. xleh nk break the rules.. bosan kot.. tapi sy juz bertanding sebagai syarat jek la.. malam before nak pilihanraya kena plak buat manifesto.. hakhak..  tapi syukur la tak menang.. congrats to my deskmate... hartini ismail sebab menang dalam pilihanraya..

 nie kek masa celebrate besday kak wan nor hana.. dah 23 tahun dah anda.. dah boleh kawen oke! heheh..

hehe.. tak lengkap rasanya kalo tahun baru nie tak kuar dengan insan tersayang kan.. so.. ktorang kua jalan2.. pegi tengok cite khurafat and makan prosperity burger..

this last one is after celebrating Aqma's birthday.. actually besday dia bulan 12 tapi memandangkan sume tengah cuti so terpaksalah sambut dis year kan.. betla dapat pegi makan sampai kenyang.. pastu pegi main bowling sama2..

Oke! habes dah cita... punyala lame x update kan.. hambek ko! hahah.. k.la.. nanti i story2 lagi k.. bubbye =)

January 18, 2011

~saya pelajar IPG Kampus Perempuan Melayu~

salam sume!

Kali nie I nk join segmen nie.. sje la coz I rse mcm sesuai jek segmen nie untuk bakal guru macam I nie kn..sape-sape pelajar IPG yg berminat nk buat segmen nie boleh la klik SINI...

gambar bersama mentor, En. Azman Bin Nordin..

gambar bersama classmate b4 perjumpaan puteri islam..

OK.. Banyak lagi gambar sebenarnye.. tapi internet skrg nie slow tahap siput babi jek kn.. so.. I upload 2 jek la untuk tatapan korang sume.. hehe.. Sekarang nie I penuntut tahun tiga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan.. My  major subject is Mathematics and my minors are BI and PJ.. InsyaAllah i'll be maths teacher..

Banyak sangat pengalaman manis and pahit sepanjang blaja kat sini.. Al maklumlah kn da nk dekat 4 tahun da kat sini.. bukak jek sem baru alih2 muka yang sama jek kn.. yela.. classmate tak berubah pon dari foudation lagi.. Tapi I memang sayang gile la kat classamte I nie.. walaupun macam2 ragam and perangai tapi diorang buat life I kat sini enjoy and fun la.. 

Pengalaman pahit yang tak dapat lupa bila masa bulan puasa 2 tahun lepas ktorang berbuka kat luar ngan dak2 class la kn.. Mse tengah berbuka pukul 8 camtue ktorg dapat sms dari member yang dok kat hostel yang warden nak buat sportcheck.. memang rase cuak tahap cipan la kan.. dalam pukul 10 camtu ktorang pon gerak balik maktab.. sampai jek kat maktab ktorang tak boleh masuk dalam sebab gurad tak bagi.. kena tunggu JPP datang dulu tulis nama sume baru boleh masuk.. hehe.. besh jugak la kan.. bukan selalu dapat buat hal camtue..

Pengalaman manis? banyak sangat.. kalo nak listkan memang berpage2 la jawabnye kan.. Antara pengalaman best yang tak dapat dilupakan ialah buat BBQ kat pantai puteri and pengkalan balak.. Then, pergi buat lawatan ke penempatan orang asli dekat Taman Negara... 

Sebagai bakal pendidik, perubahan yang I ingin buat dalam sistem pendidikan nie ialah ingin murid-murid saya nie belajar secara critical thinking.. maksudnya, diorang nie bukan memorize maths facts jek tapi diorang boleh buat connection antara satu topik dengan topik yang lain.. dengan cara nie saya yakin yang murid-murid saya nanti boleh menguasai mathematics dengan lebih baik.. Terutamanya murid-murid melayu yang kebanyakkan dari mereka menganggap Maths nie susah.. I harap I akan dapat ubah fikiran sesetengah murid yang cakap Maths tue susah dan menjadikan subjek Maths nie sesuatu yang lebih menyeronokkan..

TQ =)

Hak Cipta anisfreezer.blogspot.com