November 25, 2010

cinta YM : Part 4

Semalam, 03.01.2009 merupakan tarikh yang akan Alisya ingat sampai bila-bila. Hari yang penuh bermakna baginya kerana Fikri kini telah menjadi miliknya. Tidak terduga olehnya perkenalan yang singkat itu membawa kepada sebuah perhubungan yang lebih serius. Namun, jauh di sudut hati Alisya masih tidak dapat menduga isi hati sebenar Fikri terhadapnya. Fikri tidak pernah meluahkan perasaan kasih dan cintanya kepada Alisya. Tetapi Alisya dapat mengagak yang Fikri mempunyai perasaan terhadapnya kerana Fikri pernah menyimpan gambar Alisya yang di muat turun dari myspace. Apabila Alisya bertanyakan sebab Fikri meyimpan gambarnya Fikri hanya menyatakan yang dia inginkan keadilan. Ini kerana Fikri pernah mengirimkan mms gambarnya kepada Alisya tetapi Alisya tidak pula mengirimkan kembali mms gambarnya kepada Fikri. Dan kerana itulah Fikri mengambil keputusan untuk menyimpan gambar Alisya yang di muat turun dari myspace. Dari situ Alisya dapat mengagak yang Fikri ada menyimpan sedikit perasaan terhadapnya. Entahlah. Dia tidak tahu mengapa dia berasa demikian. Dia cuma yakin dengan apa yang dirasakannya.

Esok Alisya akan pulang ke kolej setelah sebulan lebih bercuti. Dia mula mengemas barang keperluan untuk di bawa ke kolej nanti. Ibu bapa Alisya yang akan menghantarnya ke kolej yang terletak di Melaka. Alisya berasa sekejap sahaja masa berlalu kerana dia kini akan meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda pendidikan. Dia memilih untuk menjadi cikgu Matematik di sekolah nanti. Cita-citanya tinggi melangit. Jika diberi kesempatan dan kesihatan yang baik dia ingin melanjutkan pengajiannya dalam bidang Matematik di peringkat Master pula. InsyaAllah.

**********************************
Hari ini merupakan hari pendaftaran bagi pelajar-pelajar semester satu tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Pada hari pendaftaran Alisya berjumpa kembali rakan-rakannya. Terubat kerinduan mereka setelah sekian lama tidak berjumpa. "Alisya, ko sehat ke? Berseri-seri je aku nampak ko," tegur Aqma rakan sekelasnya. "Sehat je macam biasa. Makin sehat adalah kot," gurau Alisya. Tidak ada seorang pun dalam kalangan rakan sekelasnya yang mengetahui bahawa Alisya sudah mempunyai teman lelaki. Tidak ingin perkara itu dihebohkan, Alisya hanya berdiam diri. Alisya dan rakan-rakannya saling berkongsi cerita. 

Alisya dan rakan-rakannya yang baru mendaftar akan menjalani orientasi selama seminggu. Minggu orientasi merupakan minggu yang kurang digemari oleh pelajar-pelajar di kolej tersebut. Maklumlah mereka terpaksa bangun awal pagi sekitar jam 4 pagi untuk bersiap-siap ke surau bagi menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Malamnya pula mereka terpaksa tidur lewat kerana aturcara program yang agak ketat. tiba-tiba seorang rakan sekelas Alisya menegurnya. "Alisya, sape Mr. pweezer?? Ko da couple ek?? tak cite kat ktorg pn.. hahaha," tanya Aina. "Eh! mane ko tau nie Aina? Pandai-pandai jek." Alisya malu-malu. "Ala.. aku tau la. Aku tengok kat myspace ko. story la weh. Dengan member pon nak rahsia." Desak Aina. "Ntah ko nie. Bagitau jela". Sampuk Tiqa. "Hm.. korang ni, tak boleh aku nak berahsia. Semua nak tau ek?" Alisya pon menceritakan semuanya kepada mereka. Mereka pun mulalah mengusik-usik Alisya. "Patutlah aku tengok ko berseri-seri je time kite daftar hari tue. Dah couple rupanya kawan aku sorang nie." Usik Aqma. Selang beberapa hari ramai rakan sekelas Alisya yang mengetahui tentang Fikri. Perempuan. Memang lumrahnya suka bergosip. 

***********************************
Dua bulan sudah berlalu. Alisya dan Fikri semakin dibuai perasan kasih dan sayang. Setiap hari bermacam-macam sms sayang, cinta dan rindu yang dikirimkan. Sungguh! Alisya ingin sekali bertemu dengan jejaka pujaan hatinya. Sudah dua bulan mereka menyulam kasih namun tidak pernah sekali pun mereka bersua. Suatu hari, Alisya meluahkan hasrat hatinya untuk bertemu Fikri. Mereka pun merancang untuk bertemu di KL. Alisya sangat teruja dan gembira. Dia tidak sabar untuk berjumpa Fikri buat pertama kalinya. Namun, dia juga berasa sedikit takut kerana dia bimbang Fikri tidak dapat menerima dirinya seadanya setelah mereka bersua muka kelak. Dan Alisya juga berharap agar segala yang terbina ini akan berkekalan. Walaupun tempoh perkenalan mereka masih terlalu singkat untuk dinilai, namun Alisya dapat merasakan yang dia tidak sanggup untuk berpisah dengan Fikri.


..bersambung..

November 23, 2010

.:syurga cinta:.

Salam dan Hello untuk semua...

erm cuti2 skola nie rmai btol org kawen ek.. niat di hati nak kuruskn bdn cuti nie.. tp tgk byk sgt kenduri mcm x jadik jek plan nk kuruskan bdn.. hehhe... 27hb nie je ade 3 kenduri.. peh! mmg meletop la perot kalo tiap2 ari ade kenduri kn...

ok, cakap pasal kahwin ni, post ni nak gitau pasal 3 jenis jodoh..hehe korang tau tak jodoh ada 3 jenis? tihihih gerenti segilintir korang pun baru tau kan? apa 3 jenis jodoh tu?

1. Jodoh dari syaitan. Contoh: Hafiz bertemu dengan Lisa, then suka sama suka..after dah buat maksiat..lepas dapat anak luar nikah baru nak kahwin. inilah contoh bagi jodoh dari syaitan.

2. Jodoh dari jin. Contoh: Hafiz bertemu dengan Lisa, then Hafiz tepuk sebelah tangan..Hafiz bomohkan Lisa then dapat kahwin..itulah jodoh dari jin..

3. Jodoh dari Allah. Contoh: Hafiz bertemu Lisa, then suka sama suka..terus Hafiz masuk minang dan berkahwin dengan Lisa. Inilah syurga cinta..hehehe

hmm jadi tengoklah anda nak pilih yang mana satu..buat pilihan yang tepat dan benar! hehe saya dapat info dari mana nak tau tak? 
*dr movie 'syurga cinta'..atuk dalam crita tu yang bagi tau jodoh ada 3 jenis dan details nya..hehe..


Good Things to Share to YOU!

pic dr mr.google

November 22, 2010

.:my sygs:.

olla!
top (from left) : kak tini, aina, nabila, yana, kak mai, khaty, tipah
2nd row (from left) : zatul, kak fana, marni, fathiah, tiqa, shasha, diyana
3rd row (from left) : kak ida, syira, zahida, malin, amal, zana, syidah
bottom (from left) : hana, zaty, aqma, pija, anis (me), nurul


It has been 3 years i was with them..
A lot of sweet memories we went through together..
Each of them has a different character. 
They made me feel three years is very short.
Their joke and tease, I will not forget. 
Sometimes we misunderstand. 
Fighting. But eventually we will be together again. 
They're all complete my life.
I hope our friendship has lasted until the end of life...


love them so much!~~~ <3 <3 <3

cinta YM : Part 3

Keesokkan harinya.. Ada nombor yang tidak dikenali menghantar sms kepada Alisya.

017*******>Hye
Alisya>sape nie??
017*******>kn smlm awk yg bg nombor awk kt sy.. xigt??
Alisya>owh.. Fikri ke??
Fikri>yelah.. sy la.. igt awk lupe..
Alisya>mne ade lupe.. mstila igt.. sy bg nombor kt awk sorg je..

Mulai dari hari itu mereka sering berbalas mesej. Fikri jarang dapat online kerana dia sudah mula memasuki semester baru di tempat belajarnya. Fikri tidak mempunyai broadband. Jadi dia tidak dapat online selalu di kolej. Alisya kini berada di rumah kerana dia sedang semester break. Walaupun Alisya boleh online di rumah tetapi dia berasa bosan kerana Fikri tidak ada untuk melayannya. Alisya dan Fikri hanya akan bertanya kabar melalui sms sahaja. Sejak hari itu mereka menjadi semakin rapat. Alisya dan Fikri akan berbalas mesej hampir setiap masa. Bagi Alisya sehari tidak bermesej dengan Fikri bagaikan tidak lengkap pula. Mereka hanya bermesej! tidak pernah pula terdetik di hati Alisya untuk menelefon Fikri. Fikri juga tidak pernah menelefon Alisya. Mungkin untuk seketika ini mereka lebih selesa berhubung melalui sms sahaja.

cinta YM : Part 2

Hari minggu yang membosankan di kolej kerana ramai pelajar yang pulang ke kampung halaman masing-masing. Alisya berasa bosan kerana rumetnya pon pulang ke kampung di Kluang. Alisya 'berkampung' di bilik kawannya Amalina di blok sebelah. "aku teman ko la malam nie Malin. Lagipun rumet ko pon xde kan?, So, blh la aku lepak sini malam nie". "Boleh je. Aku x kesah pon ", balas Amalina. Alisya pon bermalas-malasan di atas katil sambil berbual dengan Amalina. Sedang asyik bercerita, Alisya dapat melihat Amalina menguap beberapa kali. "mesti dah ngantok la tue", detik hati Alisya. Beberapa ketika berlalu, Amalina pun tertidur. Tinggallah Alisya keseorangan. "Hmm.. nak buat ape nie? bosannya.." Ha! online la.. mane taw mamat polo tue ade.. blh jgk aku chat ngan die". Alisya pon membuka laptop dan masuk ke laman sembang di YM. Seperti biasa dia akan bersmbang di room Perak 2.

Fikri : BUZZ!
Alisya : BUZZ! Hye awk.. Dah lame on9?
Fikri : Lame x lame la.. blh la thn.. Asal x tdo lg?
Alisya : x ngantok lg la.. member sume da tdo.. tue yg on9 nie..
Fikri : owh.. sy da tgk pic2 awk kt myspace.. sume wt iklan colgate ek?? hehe
Alisya : haha.. bese la.. nk gk tnjuk gigi sy yg cntik nie.. :p
Fikri : hehe.. awk komen la pic sy plak...
Alisya : Nnti sy komen k..
Fikri : Orait!

Mereka leka ber'chatting' hingga lewat malam. Banyak perkara yang dibualkan malam itu, adik beradik, cita-cita, sehinggalah ke soal peribadi...

Alisya : awk pnh couple x?
Fikri : couple? xpnh pn..
Alisya : xkn la x pnh? cm x cye jek..
Fikri : btol.. x pnh.. stakat admire 2 ade la..
Alisya : owh.. bgosnye awk.. xkn la awk x rse nk couple kot?
Fikri : ntah.. malas la nak fikir.. skrg nie sy nk fikir pasal cita2 dlu..
Alisya : wah! bagosla.. bkn sng laki nk fikir psl cita2 sume nie..
Fikri : haha.. sy nk tnggu smpai dpt Ir dlu.. bru la pk pasal kawen ke ape..
Alisya : bsar cita2 awk ek.. hope awk berjaya la nti k..
Fikri : InsyaAllah.. Harap2 cmtu la..Awk plak cmne?
Alisya : cmne ape?
Fikri : yelah.. awk pnh couple x?
Alisya : penah.. banyak kali.. tapi sume nye x menjadi..
Fikri : knape plak?
Alisya : ntahla.. x serasi kot.. haha.. sy bru jgk la clash..

Fikri : owh.. yeke.. knape clash?
Alisya : ex sy 2 penipu! nyampah gle.. benci la! laki sume sme jek..
Fikri : ishk.. x baek la ckp cm2.. cte la.. ape yg da jd?

Alisya pun menceritakan tentang hubungan cintanya dengan bekas kekasihnya. Dari mula hingga ke saat mereka putus.  Alisya menceritakan segalanya! ntah kenapa Alisya sng berkongsi cerita dgn Fikri... sebelum ini dia tidak pernah menceritakan kisah cintanya kepada sesiapa pn lbh2 lg kepada tmn chattingnya kerana tidak semua teman chatting blh dipercayai.... secret! katanya.. Alisya berasa lega!


Alisya : Kesian awk kne dgr plak ape sy cite nie..
Fikri : eh.. xpe.. sy x ksh pn..
Alisya : lega dpt cte ngn awk.. hehehe
Fikri : awk sabar jela k.. mgkin bkn jdoh awk.. nti awk msti jmpe yg lbh baek..
Alisya : Arap2 cm2 la awk.. 
Alisya : sy da ngantok la.. esk kte chatting lg k??.. nk tdo dlu..
Fikri : ok.. tdo la..
Alisya : nie no fon sy.. 017*******.. kalo free msg la..
    --------------------
Selepas laptonya di shut down, Alisya berfikir sendirian.. "ishk, knape ak bg no fon ak kt mamat 2? nanti die pk aku nie ape plak.. pompuan murahan... sng2 jek bg no fon kt laki.. adoi.. apela aku nie.. hmmm..."
Dia terasa malu sendiri! Alisya memikirkan perkara itu sehinggalah dia tertidur...



Hak Cipta anisfreezer.blogspot.com