November 25, 2010

cinta YM : Part 4

Semalam, 03.01.2009 merupakan tarikh yang akan Alisya ingat sampai bila-bila. Hari yang penuh bermakna baginya kerana Fikri kini telah menjadi miliknya. Tidak terduga olehnya perkenalan yang singkat itu membawa kepada sebuah perhubungan yang lebih serius. Namun, jauh di sudut hati Alisya masih tidak dapat menduga isi hati sebenar Fikri terhadapnya. Fikri tidak pernah meluahkan perasaan kasih dan cintanya kepada Alisya. Tetapi Alisya dapat mengagak yang Fikri mempunyai perasaan terhadapnya kerana Fikri pernah menyimpan gambar Alisya yang di muat turun dari myspace. Apabila Alisya bertanyakan sebab Fikri meyimpan gambarnya Fikri hanya menyatakan yang dia inginkan keadilan. Ini kerana Fikri pernah mengirimkan mms gambarnya kepada Alisya tetapi Alisya tidak pula mengirimkan kembali mms gambarnya kepada Fikri. Dan kerana itulah Fikri mengambil keputusan untuk menyimpan gambar Alisya yang di muat turun dari myspace. Dari situ Alisya dapat mengagak yang Fikri ada menyimpan sedikit perasaan terhadapnya. Entahlah. Dia tidak tahu mengapa dia berasa demikian. Dia cuma yakin dengan apa yang dirasakannya.

Esok Alisya akan pulang ke kolej setelah sebulan lebih bercuti. Dia mula mengemas barang keperluan untuk di bawa ke kolej nanti. Ibu bapa Alisya yang akan menghantarnya ke kolej yang terletak di Melaka. Alisya berasa sekejap sahaja masa berlalu kerana dia kini akan meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda pendidikan. Dia memilih untuk menjadi cikgu Matematik di sekolah nanti. Cita-citanya tinggi melangit. Jika diberi kesempatan dan kesihatan yang baik dia ingin melanjutkan pengajiannya dalam bidang Matematik di peringkat Master pula. InsyaAllah.

**********************************
Hari ini merupakan hari pendaftaran bagi pelajar-pelajar semester satu tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Pada hari pendaftaran Alisya berjumpa kembali rakan-rakannya. Terubat kerinduan mereka setelah sekian lama tidak berjumpa. "Alisya, ko sehat ke? Berseri-seri je aku nampak ko," tegur Aqma rakan sekelasnya. "Sehat je macam biasa. Makin sehat adalah kot," gurau Alisya. Tidak ada seorang pun dalam kalangan rakan sekelasnya yang mengetahui bahawa Alisya sudah mempunyai teman lelaki. Tidak ingin perkara itu dihebohkan, Alisya hanya berdiam diri. Alisya dan rakan-rakannya saling berkongsi cerita. 

Alisya dan rakan-rakannya yang baru mendaftar akan menjalani orientasi selama seminggu. Minggu orientasi merupakan minggu yang kurang digemari oleh pelajar-pelajar di kolej tersebut. Maklumlah mereka terpaksa bangun awal pagi sekitar jam 4 pagi untuk bersiap-siap ke surau bagi menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Malamnya pula mereka terpaksa tidur lewat kerana aturcara program yang agak ketat. tiba-tiba seorang rakan sekelas Alisya menegurnya. "Alisya, sape Mr. pweezer?? Ko da couple ek?? tak cite kat ktorg pn.. hahaha," tanya Aina. "Eh! mane ko tau nie Aina? Pandai-pandai jek." Alisya malu-malu. "Ala.. aku tau la. Aku tengok kat myspace ko. story la weh. Dengan member pon nak rahsia." Desak Aina. "Ntah ko nie. Bagitau jela". Sampuk Tiqa. "Hm.. korang ni, tak boleh aku nak berahsia. Semua nak tau ek?" Alisya pon menceritakan semuanya kepada mereka. Mereka pun mulalah mengusik-usik Alisya. "Patutlah aku tengok ko berseri-seri je time kite daftar hari tue. Dah couple rupanya kawan aku sorang nie." Usik Aqma. Selang beberapa hari ramai rakan sekelas Alisya yang mengetahui tentang Fikri. Perempuan. Memang lumrahnya suka bergosip. 

***********************************
Dua bulan sudah berlalu. Alisya dan Fikri semakin dibuai perasan kasih dan sayang. Setiap hari bermacam-macam sms sayang, cinta dan rindu yang dikirimkan. Sungguh! Alisya ingin sekali bertemu dengan jejaka pujaan hatinya. Sudah dua bulan mereka menyulam kasih namun tidak pernah sekali pun mereka bersua. Suatu hari, Alisya meluahkan hasrat hatinya untuk bertemu Fikri. Mereka pun merancang untuk bertemu di KL. Alisya sangat teruja dan gembira. Dia tidak sabar untuk berjumpa Fikri buat pertama kalinya. Namun, dia juga berasa sedikit takut kerana dia bimbang Fikri tidak dapat menerima dirinya seadanya setelah mereka bersua muka kelak. Dan Alisya juga berharap agar segala yang terbina ini akan berkekalan. Walaupun tempoh perkenalan mereka masih terlalu singkat untuk dinilai, namun Alisya dapat merasakan yang dia tidak sanggup untuk berpisah dengan Fikri.


..bersambung..

1 comment:

  1. kesengalan terserlahFebruary 9, 2011 at 3:54 PM

    xsabar nk tunggu part yg seterusnya....hahahhaah

    ReplyDelete

Hak Cipta anisfreezer.blogspot.com