November 22, 2010

cinta YM : Part 3

Keesokkan harinya.. Ada nombor yang tidak dikenali menghantar sms kepada Alisya.

017*******>Hye
Alisya>sape nie??
017*******>kn smlm awk yg bg nombor awk kt sy.. xigt??
Alisya>owh.. Fikri ke??
Fikri>yelah.. sy la.. igt awk lupe..
Alisya>mne ade lupe.. mstila igt.. sy bg nombor kt awk sorg je..

Mulai dari hari itu mereka sering berbalas mesej. Fikri jarang dapat online kerana dia sudah mula memasuki semester baru di tempat belajarnya. Fikri tidak mempunyai broadband. Jadi dia tidak dapat online selalu di kolej. Alisya kini berada di rumah kerana dia sedang semester break. Walaupun Alisya boleh online di rumah tetapi dia berasa bosan kerana Fikri tidak ada untuk melayannya. Alisya dan Fikri hanya akan bertanya kabar melalui sms sahaja. Sejak hari itu mereka menjadi semakin rapat. Alisya dan Fikri akan berbalas mesej hampir setiap masa. Bagi Alisya sehari tidak bermesej dengan Fikri bagaikan tidak lengkap pula. Mereka hanya bermesej! tidak pernah pula terdetik di hati Alisya untuk menelefon Fikri. Fikri juga tidak pernah menelefon Alisya. Mungkin untuk seketika ini mereka lebih selesa berhubung melalui sms sahaja.

Beberapa minggu berlalu, hubungan Alisya dan Fikri semakin rapat. Namun mereka hanya berkawan. Tidak lebih dari itu. Alisya senang berkawan dengan Fikri kerana bagi Alisya, Fikri seorang yang caring dan sentiasa menjaga hatinya. Fikri tidak pernah marah dan sentiasa sabar melayan kerenah Alisya. Dia sangat sukakan Fikri. Dalam diam Alisya mula tertarik kepada Fikri. Hatinya bertambah sayang kepada Fikri.  Namun Alisya tidak pernah luahkan kepada Fikri apa yang tersirat dalam hatinya. Dia malu! Biarlah Fikri menganggapnya kawan. Dia tidak mahu kehilangan kawan seperti Fikri. Kadang-kadang Alisya berangan sendirian kerana Fikri sering menghantar sms yg 'sweet' kepadanya. Hati Alisya berbunga riang. 

Suatu hari, Alisya merajuk dengan Fikri kerana Fikri tidak menghantar mesej kepadanya. Hati Alisya sakit! Dia rasa seperti mahu menangis kerana dia beranggapan bahawa Fikri tidak mahu lagi berkawan dengannya. Alisya setia menunggu sms dari Fikri. Namun masih tidak ada. Alisya hampa. Malam itu Alisya tidak dapat tidur dengan lena. Dia terjaga. Dan tiba2 dia teringatkan Fikri. Alisya kuatkan hatinya untuk menghantar sms kepada Fikri.

Alisya>salam awk.. sudi x awk jd bf sy??
Fikri>awk nie betul ke?
Alisya>kalo xnk xpela.. tnye jek.. bye!
Fikri>xdela.. sy terkejut la tbe2 awk tnye cm2.. awk betul ke nk couple ngn sy? sy nie jahat.. bknnye baik pn.. nti awk menyesal plak couple ngn sy..
Alisya>yela.. sy serius la nie.. awk igt sy manek2 ke?? kalo awl x sudi xpela..
Fikri>sape ckp sy x sudi?
Alisya>so, awk sudila..??
Fikri>ye.. sy sudi..
Alisya>thanx awk.. :)
Fikri>nape blom tdo?
Alisya>teringat kat awk.. :P
Fikri>hehe..yela tu..
Alisya>k.la.. dah boleh tido dengan tenang.. sy tdo dlu.. awk jgn tdo lmbt2..
Fikri>ok..nyte

Alisya berasa sangat gembira kerana kini Fikri miliknya. Alisya berasa malu juga kerana x pernah dibuat orang perempuan mintak couple dengan lelaki. Tetapi Alisya dah pun melafazkannya. "ah! biarla ape org nk ckp.. jnji aku dah gtaw ide ape yg aku perlu gtaw". Getus hati Alisya. Alisya tersenyum sendirian sampai tertidur...

bersambung.....

3 comments:

  1. wah3.... berani seyh Alisya tu.. ^__^

    ReplyDelete
  2. erm 2 la..
    xtaw la dpt kekuatan dr mne kn??
    lgpn asyik cte laki jek purpose..
    kte tkar plak kali nie..
    pompuan..
    hehehe

    ReplyDelete
  3. hahahaha..sapa lah alisya tuh kan..bgus btol lah...ehhehe...nk jadi cm alisya tuh lah..hehhehe

    ReplyDelete

Hak Cipta anisfreezer.blogspot.com