February 01, 2011

.:banjir:.

TINJAUAN dari udara menunjukkan keadaan banjir di sekitar Segamat, Johor, hari ini

LUMPUH...Aktiviti harian penduduk daerah Segamat terjejas akibat hujan berterusan yang mengakibatkan banjir teruk melanda pekan itu, hari ini.

TENGGELAM...Banjir yang melanda Stesen Keretapi Gemas hari ini lebih teruk berbanding 2006 sehingga menyebabkan sebahagian besar laluan kereta api di sekitarnya ditenggelami air.

sumber : berita harian

notakaki : moga-moga kawan-kawan di sekitar segamat baik-baik jelah.. amin..

.:demam campak:.

halo! halo! halo!
sume da makan? mesti dah kan? sy pon baru lepas makan.. rasa mengantok plak bila dah makan.. tapi tahankan jugak mata nie untuk tak tidur.. tak boleh tidur lepas makan nanti bertambahlah lemak di badan saya nie.. hehe.. hari nie korang sume makan lauk ape? saya tak masak pon hari nie.. al maklumlah duduk rumah sorang-sorang.. mak pegi skolah, adik pegi skolah, ayah kerja.. transport pon takde.. so, takde sape nak belikan ikan, ayam, sayur sume.. tak boleh la nak masak *sebenarnye malas masak hehe.. mak balik sklah tadi mak beli lauk kat kantin.. lauk kari ikan, ayam masak merah n sambal belacan.. tu jela menu untuk hari ini.. ok la tu kan.. kenyang jugak.. lagipun pagi tadi saya dah goreng nasik.. 


ha! comel tak kanak-kanak di atas? comel kan? kan? geram betul tengok pipi die.. rase nak gigit2, cubit2 jek.. nie kazen saya punya anak, mohd nor aliff.. beliau nie kena demam campak sekrang.. kesian sangat.. tapi tengah demam campak pun still boleh bergerak aktif lagi.. dua hari lepas baru webcam dengan beliau.. tak sabar nak tunggu beliau balik esok! hehehe.. 

notakaki : dulu penah kena demam campak.. memang tak tahan.. panas jek badan..

.:krisis mesir, nasib rakyat kita:.

Ketahuilah bahawa keadaan di sana adalah lebih teruk daripada jangkaan anda. Kalau anda baca akhbar harian dan tengok tv mainstream anda tak tahu apa yang berlaku secara terperinci.  Asyik2 isu fasha sandha yang tak habis-habis lagi. PM kita pula sibuk dengan DUN Tenang dan spam email rakyat dengan ucapan CNY. Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter, blog or tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.
edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.
edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.
edit 3 : Nampaknya kita telah nampak beberapa tindakan daripada kerajaan mengenai isu ini. Syabas, dan beberapa update daripada pembaca juga boleh dilihat di ruangan komen.
Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.
Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.
Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir
huru hara di mesir
Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.
Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.
5000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.
Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga
Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.
Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar
airport di bakar
Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.
Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.

Bacaan berguna

Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:
Sudah-sudah baca gosip artis Fasha Sandha dll, lupakan mereka seketika untuk memandang serius isu ini.
Yang ada Astro pun boleh tengok siaran Al-Jazeera. 


Hak Cipta anisfreezer.blogspot.com