December 05, 2011

.:resepi buah melaka:.

ok kawan2.. hari nie sy nak bgtau cara-cara nak buat buah melaka.. rasanya rmai kawan2 yang dah tau.. tapi tak kira lah... sy nak bgtau jugak.. sy budak baru belajar.. hehehe.. jom tgk..

Bahan
- daun pandan (3 helai)
- tepung beras (3 cawan)
- tepung gandum
- kelapa parut
- gula melaka
- garam

Cara membuat
1. Blanderkan 3 helai daun pandan untuk dijadikan sebagai pewarna hijau. Tapiskan untuk mendapatkan air daun pandan.
2. Masukkan 3 cawan tepung beras + sedikit tepung gandum + sedikit garam + tapisan air daun pandan.
3. Gaul adunan sehingga menjadi doh yang lembut (jangan terlalu lembut)
4. Masukkan gula melaka ke dalam doh sebagai inti dan bentukkan bulat
5. Rebuskan buah melakadi dalam air + garam sedikit sehingga naik ke permukaan air.
6. Angkat buah melaka dan gaulkan ke dalam kelapa parut + sedikit garam.
7. Siap untuk dihidangkan!

Cubaan pertama.. yeay! :)

No comments:

Post a Comment

Hak Cipta anisfreezer.blogspot.com