PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

June 13, 2011

.:family holiday:.

aduhh.. da berhabuk n bersawang dah blog aku nie.. hakhak.. sabo jela.. lame dah tak pedulikan blog nie.. ok.. nk cite pasal family holiday hari tue.. mase 3hb jun 2011.. my family ade wat gathering kat teluk batik.. tapi tak semua family members yang join sebab ade yg keje tak dapat cuti.. ade yang tengah praktikal.. dan macam2 lagi.. tp best la sbb da lame tak wat gathering camnie.. so lets the picture tell the story! heheh

pemandangan di teluk batik

makan-makan sebelum mandi..

aliff.. teruja maen kete mainan..

banana boat

malam plak.. BBQ..

banyak lagi pic sebenarnye.. tapi malas nak upload banayk2.. cukup la sekadar nie jek.. hope next year ade lagi gathering camnie.. dengar cite nak pg Langkawi plak.. hooyeahh!! best2!

cinta YM : part 5

Minngu ini merupakan minggu yang dinanti-nantikan oleh Alisya kerana seperti yang dijanjikan hujung minngu ini dia akan bertemu dengan Fikri di KL. Berbagai perasaan bercampur baur dalam diri Alisya, gembira, takut, gementar dan macam-macam lagi. Maklumlah pertemuan ini merupakan pertemuan yang pertama di antara dia dengan Fikri walaupun mereka sudah dua bulan menyulam kasih. Alisya sudah memberitahu sepupunya di KL yang dia akan ke sana hujung minggu ini. Alisya akan bermalam di rumah sepupunya di Kampung Cheras Baru. Sepupu Alisya merupakan seorang guru sekolah rendah dan sudah pun berkahwin.


Alisya sangat berdebar-debar kerana hari nie dia akan berjumpa buat pertama kalinya dengan Fikri. Pelbagai perasaan yang dirasakn. Alisya menaiki bas ke Kuala Lumpur pada pukul 8 pagi di Melaka Sentral. Dalam perjalanan, Alisya tidak dapat melelapkan mata walau sesaat pun kerana dia sangat berdebar untuk berhadapan dengan Fikri. Dia takut Fikri tidak dapat menerima dirinya seadanya. Setibanya di Kuala Lumpur Alisya terus menghubungi Fikri kerana Fikri telah berjanji untuk menjemputnya di Hentian Puduraya. Namun, Fikri masih lagi dalam perjalanan. Alisya terpaksa menunggu sehingga Fikri sampai. Beberapa minit berlalu, Alisya mendapat panggilan telefon dari Fikri. Fikri menyatakan bahawa dia menunggu Alisya di hadapan Hentian Puduraya. Alisya tercari-cari Fikri namun dia gagal. Alisya menghubungi Fikri dan Fikri menyuruh Alisya memandang ke kiri. Lantas Alisya pun menoleh ke kiri dan dia dapati ada seorang lelaki berbaju putih berada di sana. Alisya yakin itu adalah Fikri dan dia terus menuju ke arah lelaki itu.

Masing-masing masih segan dan silu untuk memulakan percakapan kerana ini merupakan kali pertama mereka bersua muka. Tempat pertama yang mereka tuju ialah kedai mamak. Mereka ingin mengisi perut yang kosong sebelum berjalan-jalan. Selesai makan di kedai mamak, mereka menapak sehingga ke Berjaya Times Square untuk menonton wayang.  Mereka memilih untuk menonton filem Sifu dan Tongga. Sebelum wayang bermula mereka mengambil kesempatan untuk bersiar-siar mencuci mata di Low Yatt. Sebelum bertemu Alisya dan Fikri sudah bercadang untuk membeli celcom broadband di Low Yat kerana ramai yang memberitahu bahawa harga barangan di sana lebih murah berbanding di tempat lain. Jadi mereka membuat survey di beberapa kedai sebelum membelinya. Rambang mata dibuatnya kerana terlalu banyak kedai yang menjual barangan yang sama. Harga yang ditawarkan juga lebih kurang sama. Seteleh melihat beberapa buah kedai, Alisya dan Fikri sependapat untuk membeli di kedai yang telah dipersetujui mereka. Kebetulan semasa sedang berunding dengan penjual di kedai tersebut, Alisya terserempak dengan rakan sekolej. Alisya bertegur sapa dengannya dan memperkenalkan Fikri kepada rakannya. Selesai membelo broadband di Low Yat mereka pergi ke Berjaya Times Square semula kerana tayangan akan dimulakan tidak lama sahaja lagi.

Selesai menonton wayang, Alisya dan Fikri bersiar-siar di sekitar kawasan tersebut sambil berbual-bual. Hari semakin gelap, mereka berehat sebentar di Plaza Sungei Wang dan menikmati McDonalds di sana. Mereka bertukar-tukar cerita dan di kesempatan itu juga mereka mengambil gambar sebagi kenangan. Selesai menjamu selera di Mc Donalds, Fikri menghantar Alisya pulang ke rumah sepupunya. Fikri berjanji untuk datang menjemput Alisya keesokan harinya dan menemaninya ke Hentian Puduraya sebelum Alisya pulang ke Melaka.

Keesokan harinya, seperti yang dijanjikan Fikri menjemput Alisya untuk ke Hentian Puduraya. Sebelum pulang ke Melaka mereka sempat berbual-bual buat kali terakhir sebelum Alisya menaiki bas. Alisya berasa bersyukur kerana Fikri dapat menerimanya seadanya. Alisya pasti dia tidak membuat keputusan yang salah dengan memilih Fikri sebagai kekasihnya. Alisya berharap mereka berpeluang untuk berjumpa lagi pada masa akan datang. Cinta jarak jauh memerlukan pengorbanan dan kesabaran. Alisya percaya Fikri akan setia padanya. Hari minggu kali ini merupakan yang terindah buat Alisya keran dia dapat bertemu dengan pujaan hatinya, Fikri. 

bersambung...
Hak Cipta anisfreezer.blogspot.com