PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

December 05, 2011

.:resepi buah melaka:.

ok kawan2.. hari nie sy nak bgtau cara-cara nak buat buah melaka.. rasanya rmai kawan2 yang dah tau.. tapi tak kira lah... sy nak bgtau jugak.. sy budak baru belajar.. hehehe.. jom tgk..

Bahan
- daun pandan (3 helai)
- tepung beras (3 cawan)
- tepung gandum
- kelapa parut
- gula melaka
- garam

Cara membuat
1. Blanderkan 3 helai daun pandan untuk dijadikan sebagai pewarna hijau. Tapiskan untuk mendapatkan air daun pandan.
2. Masukkan 3 cawan tepung beras + sedikit tepung gandum + sedikit garam + tapisan air daun pandan.
3. Gaul adunan sehingga menjadi doh yang lembut (jangan terlalu lembut)
4. Masukkan gula melaka ke dalam doh sebagai inti dan bentukkan bulat
5. Rebuskan buah melakadi dalam air + garam sedikit sehingga naik ke permukaan air.
6. Angkat buah melaka dan gaulkan ke dalam kelapa parut + sedikit garam.
7. Siap untuk dihidangkan!

Cubaan pertama.. yeay! :)

December 03, 2011

ehem..ehem.. testing 1.. 2.. 3..

fuuuhhhhhhhhh...da lame da tak update blog nie.. da bersawang berhabuk macam rumah hantu kak limah dah nie.. hahaha.. baru dapat mood nak update blog.. from now onwards sy akan mulakan blog nie dgn bnda2 baru... i want to begin a new life.. don't turn back... yg lepas biarkan lepas.. ye dak? hehehe


ok.. hari nie nak cite pasal 'puteri mandi'... korang tau ke puteri mandi 2 ape? bukan tuan puteri yang sedang bersiram ke ape.. nie nama kueh... sy baru jek try buat kueh nie setelah berzaman tak makan... dulu tyme arwah opah ada lagi dia slalu jugak buat kueh nie.. semalam rasa teringin nak makan.. tuh yang tanye mak resepi.. petang nie tros buat.. nie first tyma sy buat nie.. let's check it out!


Bahan
- tepung beras (2 cawan)
- daun pandan (3 helai)
- gula (3 senduk)
- Kelapa parut (putih sahaja)
- garam


Cara membuat
1. Ambil 2 helai daun pandan dipotong dan diblender (tapis air tersebut)
2. Masukkan 2 cawan tepung beras ke dalam mangkuk dan tuangkan air daun pandan yang telah ditapis tadi ke dalam mangkuk tersebut. Masukkan sedikit garam dan gaulkan sehingga menjadi doh yang lembut.
3. Bentukkan doh tersebut.
4. Kemudian rebuskan doh yang telah dibentuk ke dalam periuk sehingga masak (kalau doh tu dah timbul kat permukaan air dah boleh angkat)


Cara membuat air gula
1. Masukkan 3 senduk gula, sehelai daun pandan dan kelapa parut ke dalam periuk.
2. Letakkan sedikit air dan didihkan sehingga gula cair (pastikan air tak terlalu banyak biarkan air gula tu pekat)
3. Kemudian, ambil doh yang telah siap direbus dan gaulkan ke dalam air gula sehingga sebati


my first trial :)
Hak Cipta anisfreezer.blogspot.com